Rabu, 19 Ogos 2009

TAMAN NEGARA SIMILAJU


Taman Negara Similajau yang terletak hanya 45 minit dari pekan Bintulu ialah sebuah destinasi hujung minggu yang menarik bagi mereka yang tinggal di kawasan tengah negeri Sarawak. Taman negara ini mempunyai pantai yang terindah di Malaysia dengan hamparan pantai yang berbatu dan berpasir dengan warna putih dan keemasan mengadap Laut China Selatan.

Taman yang diwartakan pada tahun 1978 ini merangkumi keluasan 7,064 hektar hutan dara pinggir pantai bermula dari Sungai Likau di Selatan hingga ke Sungai Similajau di utara. Kawasan sepanjang 30km ini penuh dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan dan menawarkan pelawat pengalaman indah berjalan di sepanjang pantai yang indah dan tenteram.

Hidupan daratan di taman ini termasuk 24 spesis haiwan mamalia yang telah direkodkan seperti ungka dan pelbagai jenis kera. Haiwan reptilia yang sering kelihatan di sini ialah Buaya Air Masin

Taman ini juga telah merekodkan sebanyak 230 spesis burung termasuk burung kenyalang dan burung yang sering berhijrah seperti Bangau Storm. Jika bertuah, anda juga boleh melihat ikan lumba-lumba bermain ombak di laut. Kadangkala, penyu juga naik ke darat untuk bertelur di sini.


  • Tips
    Pelawat tidak dibenarkan berenang di dalam Sungai Likau.

  • Pengangkutan

Jalan Darat

Syarikat Bas Bintulu Sdn Bhd. (SBBS) menyediakan perkhidmatan bas antara pekan Bintulu dan persimpangan jalan yang menuju ke Taman (RH Jarau). Persimpangan ini dinamakan Sungai Plant Lot. Persimpangan ini terletak 9km dari Pejabat Taman Negara ini dan cara terbaik untuk sampai ke sana ialah dengan menumpang kenderaan yang lalu di sini. Anda juga boleh menyewa bot untuk membawa anda ke sini dari pekan Bintulu. Walau bagaimana pun, cara termudah untuk ke sini ialah dengan menyewa teksi atau kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan