Rabu, 19 Ogos 2009

Pasar Minggu Satok


Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.
Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.

Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka.Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.

  • Tips
    Setelah anda puas berjalan dan membeli-belah di pasar ini, tuju ke salah satu kedai kopi Cina di sini untuk sarapan pagi. Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan secawan kopi Sarawak yang harum aromanya dan kuih pau yang berisi daging berempah.

  • Pengangkutan

Berjalan dan Teksi

Pasar Ahad Jalan Satok terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm berhadapan dengan Pawagam Miramar. BasBas nombor 4a dan 4b dari Stesen Bas Syarikat Matang Transport Company di Jalan P. Ramlee atau dari Pejabat Pos menuju ke pasar ini. Perjalanan ke sana memakan masa hanya 5 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan