Menyusur Sungai Kuala Krai-Dabong
Bermula di pekan Kuala Krai, lawatan menyusur sungai atau 'River Cruise' ini bergerak melewati hutan hujan dara menghala ke hulu sungai hingga sampai ke pekan Dabong. Pelbagai rahsia dan keindahan hutan akan tersingkap sambil anda menikmati kecantikan hutan hujan tropika dan masyarakat yang tinggal di hulu sungai.
Anda mungkin dapat melihat hidupan liar yang jarang kelihatan. Burung raja udang, helang dan kenyalang mudah dilihat di sini serta pelbagai jenis monyet. Gajah juga pernah dilihat di kawasan ini.

- Tips
Pastikan anda memakai topi dan membawa losyen pelindung sinaran matahari, penyembur anti-serangga dan sebotol air bersama anda kerana anda akan menghabiskan masa di luar sepanjang lawatan ini.
- Pengangkutan
Bas
Naiki bas No. 5 yang bertolak dari terminal bas Kota Bahru pada pukul 7.45 setiap pagi menuju ke Kuala Krai. Di Kuala Krai, naiki bot yang bertolak pada pukul 10.00 pagi menuju ke Dabong. Perjalanan bot ini memakan masa selama 2 jam. Bot untuk pulang ke Kuala Krai bertolak pada pukul 3.15 petang dari Dabong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan