Isnin, 17 Ogos 2009

KAMPUNG KRAFTANGAN & MUZIUM KRAFTANGAN

Muzium Kraftangan yang terletak di tengah-tengah kawasan kebudayaan Kota Bharu ini mempamerkan pelbagai hasil seni kraftangan Kelantan. Kampung Kraftangan yang berdekatan pula memberi peluang kepada pelancong untuk melihat sendiri bagaimana kraftangan ini dibuat.

Demonstrasi sulaman tradisional, anyaman songket, mencetak batik, membuat barangan perak dan ukiran kayu di jalankan oleh para seniman yang berbakat. Hasil kraftangan mereka juga dijual di Pusat Kraftangan ini.




  • Tips
    Anda boleh membeli pelbagai jenis kraftangan tempatan di sini.

  • Pengangkutan

Kereta
Kampung Kraftangan yang terletak di tengah kawasan kebudayaan bandar Kota Bahru ini tidak jauh dari Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu. Anda boleh sampai ke sini dari Jalan Sultan dan Jalan Hilir Kota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan