Pantai Bisikan Bayu yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu ia terletak hanya 50 km ke selatan ibunegeri Kelantan, iaitu Kota Bharu. Angin lembut bertiup di sepanjang pantai yang dipenuhi deretan pepohon Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini bergerisik seolah-olah bisikan yang menenteramkan.
Aktiviti meluncur papan air sesuai dijalankan pada masa-masa tertentu dan peluncur papan air boleh menemui keadaan laut dan cuaca yang sesuai sewaktu musim hujan di sini dari bulan November hingga April.
Tetapi tiada apa yang lebih menenangkan dari bersantai di tepi pantai di bawah bayang pepohon Rhu yang bergerisik menikmati pemandangan laut dan air kelapa muda yang segar. Nyaman sungguh...
- Tips
Pantai yang indah ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di sepanjang tahun, tetapi anda perlu berhati-hati sewaktu musim hujan kerana arus laut semakin bergelora dan ombak semakin tinggi pada waktu ini.
- Pengangkutan
Kereta
Pandu sejauh 50 km di sepanjang lebuhraya negeri di selatan Kota Bahru hingga anda tiba ke pekan Pasir Putih yang mendapat namanya dari warna pasir yang putih di sini. Pantai Bisikan Bayu terletak tidak jauh dari pekan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan