Rabu, 19 Ogos 2009

SUNGAI KILIM


Bagi penggemar keunikan alam semulajadi, Langkawi menawarkan pelbagai pengalaman termasuk menyusuri Sungai Kilim untuk melihat keindahan hutan paya bakau dan Langkawi Geoforest Park.

Terletak di kawasan seluas 100 km persegi, Sungai Kilim mempunyai kawasan paya bakau, pantai dan juga teluk. Di sepanjang laluan ini, anda dapat melihat sendiri ekosistem yang pelbagai.

Beberapa pakej khas turut disediakan bagi mereka yang ingin melihat sungai ini. Ada aktiviti memberikan makanan kepada burung helang, selain kawasan Sungai Kilim menjadi kawasan persinggahan burung pada September dan Mac.

Setelah lawatan ini, bot akan bergerak menuju ke arah Laut Andaman, dan anda akan melihat kawasan “The Hole in the Wall”. Ini adalah kawasan laluan terkenal kawasan batu kapur yang melalui sungai dan menuju ke laut.

Laluan sempit ini menjadi kawasan baik untuk kapal berlabuh. Terdapat juga kawasan perikanan, dan kita dapat lihat hidupan marin yang pelbagai.Anda juga boleh menikmati jamuan makanan laut di restoran terapung di kawasan ini yang turut menternak pelbagai jenis hidupan laut.


  • Tips
    Nikmati pemandangan pembentukan geologi berdekatan kawasan paya bakau dan laut. Ada yang menggelar kawasan ini sebagai Kuil Borobodur, Batu Gajah dan juga Taman Tergantung. Gua Cerita dan Gua Kelawar juga boleh dikunjungi melalui Sungai Kilim.

  • Pengangkutan

Kereta

Kilim Nature Park terletak timur laut Langkawi kira-kira 13 km dari pekan Kuah, dan boleh ke sana menggunakan Jalan Kisap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan