Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda.Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.
Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.
Salah satu pengalaman menarik di sini ialah kembara di hutan Ulu Muda. Terdapat juga kawasan perkhemahan, atau boleh juga berkunjung ke kawasan ini menggunakan bot.
Jadikan pengalaman berkunjung ke hutan simpan Ulu Muda suatu yang sukar dilupakan!
- Tips
Mereka yang ingin berkunjung ke sini haruslah mendapat khidmat seorang jurupandu bertauliah, dan juga permit dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Pihak Jabatan Perhutanan juga boleh mengatur kedua-dua perkhidmatan untuk anda. Kemasukan ke kawasan hutan memerlukan penyediaan yang rapi.

- Pengangkutan
Kereta
Gunakan lebuh raya Utara Selatan (PLUS), dan ikut susur keluar di Gurun. Ikut jalan utama ini ke pekan Sika, kemudian utara ke Gulau, dan ke Gubir. Perhatikan papan tanda ke Tasik Pedu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan