Rabu, 19 Ogos 2009

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah terletak di kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dan anda boleh berkunjung ke pulau ini, selain Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Jeti Pelancongan di Pekan Kuah atau Pantai Cenang.

Pulau ini menjadi tempat pilihan ramai untuk mandi-manda dan bersantai. Ia mempunyai kawasan pantai yang putih, dan juga mempunyai ekosistem yang pelbagai sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan.

  • Tips
    Pulau Beras Basah mempunyai kawasan perairan yang jernih dengan diliputi pasir pantai yang memutih.

  • Pengangkutan

Bot

Pergi ke kawasan Pantai Cenang dan sewa bot yang terdapat di sini. Perkhidmatan bot juga terdapat di lokasi lain seperti Awana Porto Malai Resort.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan