Rabu, 19 Ogos 2009

Pekan Rabu


'Pekan Rabu' terletak di tengah-tengah bandar Alor Star.
Pekan Rabu kini dibuka bukan saja pada hari Rabu, tetapi setiap hari. Ia terkenal di kalangan penduduk setempat dan juga pelancong dari luar Kedah.

Ia bermula sebagai sebuah pasar biasa, dan kini telah berkembang menjadi pusat jualan yang pelbagai. Turut dijual di sini termasuk pelbagai produk setempat seperti dodol durian, tikar mengkuang dan pakaian.

Waktu pembukaan di sini adalah 8 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan gerai-gerai turut dibuka pada cuti umum dan hari perayaan.Kita juga boleh membeli kuih-muih tradisional Kedah di sini seperti serunding, dodol dan kuah rojak serta garam belacan. Pusat perniagaan di sini turut menjadi kebangaan bukan saja usahawan Melayu, tetapi juga orang-orang Melayu di Kedah.


  • Tips
    Makanan tradisional Melayu terkenal di Malaysia, dan turut dijual pelbagai jenis makanan yang sedap dan enak.

  • Pengangkutan

Kereta

Ikut lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), anda boleh ambil laluan keluar Alor Star Selatan atau Alor Star Utara exit. Ikut papan tanda ke pusat bandar Alor Star. Dari sini, ikut papan tanda yang menunjukkan cara untuk ke Pekan Rabu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan