Rumah Kelahiran Mahathir membuka ruang untuk orang ramai melihat sendiri masa muda Perdana Menteri keempat Malaysia ini sejak zaman persekolahan hingga kejayaannya sebagai seorang doktor.
Tun Dr. Mahathir Mohammad dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925, No 18 Lorong Kilang Ais, off Jalan Pegawai.Terdapat pelbagai barangan di rumahnya yang masih ada hingga ke hari ini termasuk gambar-gambar dan barangan rumah. Anda juga boleh melihat basikal tua miliknya di sini.Rumahnya telah dijadikan sebuah bangunan bersejarah dan telah dibaikpulih oleh Arkib Kebangsaan pada 1992.
- Tips
Apabila mengunjungi tempat ini, anda boleh melihat barangan sejak zaman sekolahnya sehinggalah dia menjadi seorang doktor berjaya. - Pengangkutan

Kereta
Melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS) anda boleh ambil laluan ke Alor Setar Selatan dan ikut papan tanda ke bandar Alor Setar. Dari sini, anda boleh lihat papan tanda menunjukkan 'Rumah Kelahiran Mahathir'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan