Rabu, 19 Ogos 2009

KOLAM AIR PANAS ULU LENGGONG


Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan perkampungan orang asli.

Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.

Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai.

  • Tips
    Ulu Legong terletak berdekatan perkampungan orang asli dan air terjun. Ia dibuka kepada orang ramai 24 jam dengan bayaran yang berpatutan.

  • Pengangkutan

Kereta

Gunakan lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dan ambil laluan Sungai Petani Selatan. Ikuti papan tanda ke pekan Baling. Lokasinya kira-kira 10 km dari pekan Baling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan