Rabu, 19 Ogos 2009

TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM


Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia.Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.

Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.


  • Tips
    Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan bawa air minuman yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan menerusi sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, sebaik sahaja anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.

  • Pengangkutan
Kereta

Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan