Terletak di antara kawasan Gunung Jerai di utara, dan Sungai Muda di selatan Lembah Bujang dianggap sebagai kawasan arkeologi terkaya di Malaysia. Ini kerana penemuan artifak sejarah masih didapati di kawasan itu sehingga hari ini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat telah dibuka dengan rasmi oleh Sultan Kedah pada 23 Januari, 1980.Ini adalah muzium arkeologi pertama yang dibina di Malaysia, dibawah pentadbiran Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
Lembah Bujang pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa tertua di Malaysia suatu ketika dahulu.Ini terbukti dengan penemuan beberapa artifak penting di Lembah Bujang seperti tembikar celedon, tanah liat, pecahan kaca, manik-manik dan tembikar Persia.

- Tips
Muzium Arkeologi Lembah Bujang adalah kawasan bersejarah arkeologi yang turut menempatkan Candi Batu Pahat, Candi Pangkalan Bujang, Candi Pendiat dan Candi Sungai Batu.
- Pengangkutan
Keretapi
Perkhidmatan keretapi berhenti di Sungai Petani dan Alor Star. Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.ktmb.com.my
Kereta
Gunakan lebuh raya Utara Selatan (PLUS) jika anda memandu dari Kuala Lumpur menuju utara ke Kedah. Jika memandu dari Perlis atau Alor Star, gunakan laluan ke selatan. Ambil susur keluar ke Sungai Petani. Dari sini, ikut arah jalan ke Merbok. Kemudian, cari papan tanda ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan