Rabu, 19 Ogos 2009

Pusat Hidupan Liar Matang


Pusat Hidupan Liar Matang terletak kira-kira 35km dari Kuching. Kawasan hutan hujan yang besar dan berpagar yang terletak di Taman Negara Kubah adalah tempat tinggal hidupan liar yang semakin pupus. Di sini sebuah program latihan telah diadakan untuk mengajar Orang Utan yang telah kematian ibubapa atau yang diselamatkan daripada menjadi haiwan peliharaan tentang cara untuk hidup di hutan. Pengunjung akan dapat melihat banyak Orang Utan di sini terutama sekali pada waktu mereka diberi makan. Selain dari primat yang comel ini, ada juga Beruang Madu, Rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang mengandungi Helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.

Aktiviti merentas hutan juga boleh dijalankan kerana terdapat empat buah laluan trek hutan di sini; Pitcher Trail (mengambil masa kira-kira 2 jam), Sungai Rayu Trail ( kira-kira 3 - 4 jam), Sungai Senduk Trail (kira-kira 1 jam) dan Sungai Buluh Trail (kira-kira 2 jam). Tempat-tempat perkelahan, pusat maklumat, kemudahan-kemudahan penginapan, tempat meletak kereta dan sebuah kantin yang kecil juga boleh didapati di Ibupejabat Taman Negara.

  • Tips
    Pusat ini menyediakan peluang yang baik untuk para pengunjung melihat Orang Utan tetapi haiwan lain mungkin agak sukar untuk dilihat.

  • Pengangkutan

Jalan Darat (Bas atau Teksi)

Pusat Hidupan Liar Matang terletak kira-kira 30km dari bandar Kuching dan perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke pusat tersebut. Pelawat disarankan menyewa sebuah teksi, memandangkan tiada khidmat pengangkutan awam disediakan untuk membawa pelawat ke pusat tersebut. Pelawat juga boleh menghubungi mana-mana pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej lawatan ke sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan