Selasa, 18 Ogos 2009

PULAU CAREY


Pulau Carey terkenal dengan dua perkara - makanan laut yang lazat dan penduduk orang asli Mah Meri (disebut Mak Miri) yang terkenal dengan hasil ukiran dan topeng kayu yang mempesona.

Penduduk Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey tidak jauh dari tanah besar.
Mereka telah menerima cara hidup moden dan bekerja di estet dan ladang yang berdekatan, tetapi mereka masih mengekalkan budaya dan cara hidup mereka yang unik.

Selain dari persembahan tarian dan muzik tradisional mereka, penduduk Mah Meri juga terkenal dengan hasil seni ukiran tradisional. Salah satu ukiran terkenal ialah daripada kayu paya keras yang dinamakan "Nyireh Batu".



  • TIPS
    Pulau Carey tidak mempunyai sebarang tempat penginapan tetapi lawatan sehari adalah mencukupi untuk menimba pengalaman di destinasi ini.



  • PENGANGKUTAN

Kereta
Gunakan Jalan Kelang-Banting dari Kuala Lumpur menuju ke Teluk Panglima Garang. Dari Teluk Panglima Garang, sebuah jalan yang sempit akan membawa anda melewati perkampungan Melayu ke Pulau Carey. Sebatang jambatan menghubungkan tanah besar dengan pulau ini. Keseluruhan perjalanan hanya mengambil masa selama kira-kira satu setengah jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan