Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam adalah salah sebuah bangunan yang paling mengagumkan di negara ini. Bangunan yang dikenali juga sebagai 'Masjid Biru' ini mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid ini, mereka dapat melihat kubah birunya yang besar.
Bahagian bibir kubah serta ruang dewan sembahanyang utama dipenuh hiasan seni kaligrafi Islam manakala seni bina ruang dalaman pula mempamerkan ciri-ciri rekabentuk etnik Melayu.
Cahaya matahari yang memancar masuk menerusi tingkap kaca masjid yang berwarna biru memandikan ruang dalam masjid dengan warna kebiruan yang menenangkan.
Di luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian Islam iaitu sebuah taman yang menarik dengan landskap indah sebuah syurga yang diilhamkan dari Al-Quran.
Kawasannya merangkumi keluasan 14 hektar dan mengandungi sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan koleksi hasil kesenian Islam seperti hasil seni khat, ukiran, lukisan dan seni bina. Kadangkala, pertunjukan kesenian Islam juga diadakan di sini.



- Tips
Kubah besar yang berwarna biru yang membawa gelaran 'Masjid Biru' diperbuat daripada aluminium!
- Pengangkutan
Komuter, Teksi
Gunakan perkhidmatan keretapi Komuter yang kerap berulang-alik dari KL ke stesen Shah Alam. Dari situ, naiki teksi untuk perjalanan singkat ke Masjid Biru yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah oleh penduduk tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan