Selasa, 18 Ogos 2009

GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ


Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz Shah mula dibina pada tahun 2002.
Muzium ini dibina oleh Sultan Selangor kesembilan, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memperingati jasa-jasa ayahandanya almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Terdapat pelbagai koleksi DiRaja yang dipamerkan di sini, terutamanya koleksi sejak zaman kanak-kanak dan juga pertabalan Sultan Selangor pada 1960 dan pertabalan sebagai Agong ke-11 Malaysia pada 1999.

Antara koleksi yang terdapat di sini termasuk mahkota bertatahkan berlian Sultan Selangor, cap mohor DiRaja Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) dan juga pedang negeri bertatahkan permata Burma dan digunakan oleh Sultan Selangor ke-5.
Lawatlah galeri unik ini untuk melihat sendiri sejarah penting Sultan Selangor dan Agong ke-11 Malaysia.

  • Tips
    Waktu operasi: Selasa - Ahad; 10 pagi - 5 petang. Ditutup Isnin dan Cuti Umum.

  • Pengangkutan

Tren komuter

Ambil tren komuter KTM ke Pelabuhan Kelang. Turun di stesyen Klang ini dan ambil teksi ke Galeri DiRaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan