Destinasi terkenal ini dikunjungi pelawat dari serata dunia sewaktu sambutan perayaan tahunan penganut Hindu - Thaipusam.
Batu Caves terdiri dari tiga buah gua yang besar termasuk gua utama yang mengandungi kuil Hindu yang dihiasi dengan ukiran halus. Salah satu pengalaman lawatan yang menarik di Batu Caves ialah pendakian 272 anak tangga menuju ke ruang gua utama.
Berhampiran dengan gua utama ialah Gua Ramayana di mana dinding di dalamnya terlukis gambaran-gambaran kisah mitos epik India. Bukit batu kapur ini juga merupakan tempat popular untuk aktiviti memanjat batu.

- TIPS
Jalan menuju ke pintu gua tidak berbumbung, oleh itu pelawat disarankan agar melawat Batu Caves di sebelah awal pagi atau lewat petang semasa cuaca tidak begitu panas. Jangan lupa untuk melawat gua-gua yang lebih kecil yang mengandungi lukisan-lukisan dewa Hindu.


- PENGANGKUTAN
BUS dan TEKSI
Anda boleh menaiki bas Intrakota No. 11 atau 11D dari Bangkok Bank di Jalan Tun H.S.Lee di tengah-tengah pusat bandar raya KL. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah sekiranya anda menaiki teksi ke Batu Caves kerana perjalanan bas tersebut mengambil masa yang lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan