Selasa, 18 Ogos 2009

INSTITUT KAJIAN HUTAN MALAYSIA ( FRIM )


Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM) menawarkan pengalaman kembali-ke-alam-semulajadi dan peninggalan penempatan Orang Asli. Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan ini menambahkan lagi suasana tenang di landskap yang kaya ini.

Terdapat empat laluan trek hutan : Jejak Keruing, Jejak Rover, Jejak Engkabang dan Jejak Salleh yang kesemuanya membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.

Titian Kanopi yang terletak 30m dari aras tanah menawarkan sudut pandangan yang hebat untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika.

Mereka yang minat mencuba titian kanopi ini harus mengaturnya terlebih dahulu kerana jumlah pelawat yang dibenarkan berjalan di titian kanopi ini setiap hari adalah terhad kepada 250 orang sahaja.

Di FRIM, kemudahan perkhemahan disediakan untuk mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

  • Tips
    Jika anda ingin mendapatkan kebenaran untuk berkhemah di FRIM, sila hubungi pejabat FRIM di talian : +603-6279-7575.

  • Pengangkutan

Komuter, Teksi

Anda boleh menaiki keretapi Komuter menuju ke Rawang dari Stesen KeretapI KL dan turun di Kepong. Anda boleh mendapatkan teksi dengan mudah di Kepong untuk menyambung perjalanan ke FRIM.

Kereta

FRIM terletak di Lebuhraya Selayang-Kepong kira-kira 16km ke barat-laut Kuala Lumpur.

Bas

Anda boleh menaiki bas dari stesen bas di Pasar Seni (Central Market) yang menuju terus ke FRIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan