Dibangunkan di atas tanah seluas 809 hektar, ia turut mempunyai ladang buah belimbing seluas 101 hektar dan dikatakan yang terbesar di dunia.Ladang ini berjaya menarik perhatian Perdana Menteri yang ingin menyaksikan sendiri kemajuan 'lembah emas' ini.
Terdapat 17,000 pokok di ladang belimbing ini, dengan jenis B10 menjadi pilihan kerana mempunyai peluang pulangan (IRR) 63 peratus setahun untuk setiap ringgit pelaburan, dan ini merupakan peratusan pulangan tertinggi berbandingan tanaman buah lain di sini.
Selain buah belimbing, buah papaya juga adalah antara buah terbesar yang ditanam di kawasan seluas 85 hektar dengan 135,000 pokok.Terdapat juga tanaman buahan lain seperti nenas, limau madu (keluasan tanah 42 peratus masing-masing), buah cempedak (27 peratus), buah jambu (25 peratus) dan buah mangga (20 peratus).

Nikmati sajian buah-buahan dan ulaman, selain terdapat pusat penjualan kraf tangan serta hidupan marin di sini. Pusat penerangan turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Kereta
Tempat ini kira-kira 17 km dari susur keluar Rawang di lebuh raya Utara-Selatan (PLUS). Ia terletak di sepanjan jalan Rawang-Kuala Selangor di kawasan hutan simpan kekal Rantau Panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan