Selasa, 18 Ogos 2009

Kubu St. John

Kubu St. John ini yang dibina semula oleh pihak Belanda pada kurun ke-18 merupakan sebuah gereja Portugis yang dibina bagi memperingati St. John.
Kubu ini mempunya ciri-ciri menarik - meriamnya menghala ke daratan kerana pada zaman itu serangan ke atas Melaka lazimnya datang dari arah darat dan bukan dari

laut.

Tarikan lain mengenai kubu ini ialah pemandangan yang menarik lebih-lebih lagi sewaktu matahari terbenam yang boleh dilihat dari atas bukit di mana kubu ini dibina.



  • Tips
    Sekiranya anda melawat Kubu St. John di sebelah pagi, anda boleh melihat penduduk Melaka menjalankan aktiviti riadah mereka di padang sukan berhampiran kubu tersebut. Salah satu cara terbaik untuk anda memulakan lawatan di Melaka ialah dengan memerhati kumpulan orang ramai yang berlatih senaman T'ai Chi dari kubu Portugis lama ini...

  • Pengangkutan

Jalan Kaki atau Teksi

Kubu St. John terletak di luar bandar. Gunakan Jalan Parameswara untuk keluar dari bandar menuju ke Jalan Hujung Pasir. Dari Jalan Hujung Pasir, belok ke kiri memasuki Jalan Bukit Senjuang. Kubu ini terletak di sebelah kiri anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan