Selasa, 18 Ogos 2009

Jalan Hang Jebat (Jalan Jonker)


Destinasi yang mesti dilawati oleh penggemar barangan antik dan pembeli yang mahukan barangan pada harga berpatutan. Bahan artifak dan peninggalan sejarah yang berusia lebih 300 tahun boleh ditemui di sini di antara pelbagai jenis barangan lama yang setiap satu mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri.

Jalan Hang Jebat yang dahulunya dikenali sebagai Jonker Street amat popular di kalangan pengumpul barangan antik sebagai salah satu tempat utama untuk mendapatkan barangan antik pada harga yang berpatutan.
Beberapa buah kafe dan kedai kraf telah dibuka di sini lalu memberikan kawasan ini keunikan suasana 'yang lama-bertemu yang baru'.




  • Tips
    Jalan Jonker mempunyai pelbagai jenis makanan unik yang harus anda cuba!

  • Pengangkutan

Kereta

Oleh kerana Jonker Street terletak di tengah-tengah bandar, maka tidak sukar untuk ke sini walau di mana anda menginap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan