Selasa, 18 Ogos 2009

Homestay Seri Tanjung


Alami sendiri gaya hidup kampung di Malaysia. Tempat paling sesuai untuk mengalaminya ialah di kampung yang telah berjaya memenangi pertandingan Kampung Tercantik di Malaysia sebanyak dua kali berturut-turut.

Penduduk kampung yang mesra, peramah dan akrab ini mempesona pelancong dengan masakan kampung yang lazat serta kesungguhan mereka berkongsi budaya dan tradisi mereka dengan pelancong yang ada.

Pemandangan yang indah adalah salah satu ciri kehidupan di kampung - dengan pepohon kelapa yang menjulang tinggi ke langit biru serta jalan tanah merah yang tidak berturap menyerlahkan lagi pengalaman suasana hidup di kampung yang penuh pengajaran dan keseronokan.

Anda akan dijemput untuk turut serta di dalam aktiviti pertanian dan penternakan jika anda inginkan pengalaman yang istimewa. Anak-anak kecil lazimnya duduk bermain permainan tradisional di waktu lewat petang yang nyaman dan mereka bersungguh-sungguh mengajar anda cara bermain permainan tradisional ini.Tetapi anda perlu bersedia untuk kalah di tangan mereka yang pakar dalam permainan ini. Cara hidup di kampung ini sememangnya yang paling menyeronokkan!

Penduduk kampung akan menganjurkan persembahan kebudayaan tradisional seperti seni pertahanan diri iaitu Silat atau permainan gasing. Ini merupakan cara yang baik untuk memerhati, mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan budaya, cara hidup dan penduduk Malaysia.



  • Tips
    Makanan tradisional yang lazat dan eksotik akan disajikan sendiri oleh tuan rumah. Mereka turut berkongsi resipi serta menunjukkan cara memasak agar anda membawa pulang seribu kenangan berharga homestay di sini.

  • Pengangkutan

Kereta, Teksi

Kampung Seri Tanjung terletak hanya 24km menerusi jalanraya yang baik dari bandar Melaka. Anda boleh menaiki teksi atau meminta agar keluarga tuan rumah menjemput anda dari hotel tempat anda menginap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan