Taman Rusa ini adalah istimewa, kerana terletak di kawasan hutan hujan tropika dan masih mengekalkan ciri alam semulajadi yang menarik.
Anda boleh mengikuti denai di sini untuk mengenali pelbagai jenis herba, atau menikmati makanan di tepian sungai. Ikuti juga aktiviti lasak merentasi sungai menggunakan tali, malah, kawasan perkemahan turut disediakan di sini.
Jangan lupa untuk memberi makan kepada sang monyet, beruang matahari, rusa dan pelbagai haiwan yang berkeliaran. Taman Rusa ini terletak berdekatan dengan Sanktuari Gajah Kuala.
- Tips
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Waktu pembukaan: 10.30 pagi - 5.30 petang. Bayaran masuk: RM 5 (orang dewasa), RM 3 (kanak-kanak)
- Pengangkutan
Kereta
Perjalanan ke sini kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur. Anda perlu ikut laluan keluar di tol Lanchang untuk ke Taman Rusa. Gandah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan