Isnin, 17 Ogos 2009

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP JOHOR


Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia. Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor. Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.

Suatu legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.

Pulau itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.

Hari ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.

Nikmati kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor.











  • Tips
    Gunakan pakaian serta kasut yang selesa untuk berjalan. Bersedia juga untuk menaiki dan turun dari bot.

  • Pengangkutan

Pengangkutan Awam

Perkhidmatan teksi biasa boleh didapati di antara stesyen bas Pontian, di pusat bandar, ke Kukup.

Kereta

Dari Johor Bahru, gunakan lebuh raya Jalan Skudai menuju ke Pontian/Pontian Kechil. Ikut papan tanda jalan ke Kukup.

Kereta

Dari Kuala Lumpur/ Utara, gunakan lebuh raya Utara-Selatan dan ambil susur keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Belok ke kiri menuju ke Pontian/Benut. Ikut papan tanda jalan ke Kukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan