Isnin, 17 Ogos 2009

PULAU RAWA


Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain.
Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.



  • Tips
    Lautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.

  • Pengangkutan

Jalan Darat

Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3).

Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan