Rabu, 19 Ogos 2009

TAMAN NEGARA BATANG AI


Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar.Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.

Tasik ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di sini.
Oleh kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian dalam lawatan ke rumah panjang.

Anda berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.Saksikan juga kaum Iban berinteraksi dengan alam semulajadi dalam hidup seharian mereka tanpa mencemar atau memusnahkannya.


  • Tips
    Lawatan ke rumah panjang merupakan pengalaman yang sungguh menarik, terutamanya masyarakat Iban yang terkenal dengan keramahan mereka.

  • Pengangkutan

Kereta dan Van

Taman Negara Batang Ai terletak hanya beberapa jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Sekiranya lawatan anda telah dirancang bersama dengan pengusaha pelancongan, maka kemudahan pengangkutan akan dimasukkan di dalam pakej lawatan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan