Sungai ini merupakan nadi penggerak perdagangan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya dan ketika itu sungai ini padat dengan kapal pedagang dari serata dunia.
Ada di antara bangunan-bangunan yang di bina di zaman tersebut yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Di tepi sungai juga dibarisi dengan perkampungan lama dan bangunan-bangunan moden. Perjalanan menyusuri sungai ini memakan masa selama 45 minit dan pasti akan menghiburkan para pelawat sambil diberi penerangan.
Aktiviti ini perlu dimasukkan di dalam itinerari pelancongan kerana harganya yang sungguh murah iaitu RM8.00 sahaja. Lihatlah kawasan-kawasan bersejarah di bandar Melaka sambil mempelajari tentang sejarah Melaka tanpa perlu berpeluh berjalan kaki!
- Tips
Bot lawatan lazimnya bertolak setelah jumlah penumpang mencukupi. Tetapi 'penuh' hanya bermakna 6 orang sahaja. Namun demikian, anda masih perlu fleksibel kerana terpaksa menunggu walau pun hanya beberapa minit sahaja.

- Pengangkutan
Teksi atau Bot.
Walau di mana anda menginap, amat mudah untuk sampai ke sini kerana bot lawatan menyusuri Sungai Melaka terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan