Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.
Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Balai cerap yang menelan kos berjumlah RM2.1 juta termasuk kelengkapannya menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik orang kenamaan (VIP), surau, ruang pameran dan bilik kuliah untuk kegunaan kakitangan dan para pelawat.
Bilik VIP ini dilengkapi dengan kemudahan rangkaian komputer yang mana ia disambung kepada kubah balai cerap ini. Di anjung tinjau pula ditempatkan tiga buah teropong.
Pihak pentadbiran juga menjalankan pelbagai kegiatan termasuk pendidikan dan aktivitinya tertumpu kepada penganjuran kursus-kursus falak, di antaranya kursus Teleskop, Theodolite dan terbaru kursus Rubu’ Mujayyab.
- Tips
Ianya dibuka kepada orang ramai pada setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Para pelawat dinasihatkan memakai pakaian yang kemas dan tertib. Seluar pendek, mini skirt dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan.

- Pengangkutan
Perkhidmatan bas
Anda boleh menaiki bas dari stesyen bas Melaka Sentral ke bandar Masjid Tanah. Kemudian menaiki bas dari bandar Masjid Tanah ke Kem Terendak di mana pemandu boleh menurunkan anda di kompleks tersebut.
Kereta
Dari lebuhraya utara selatan (PLUS) ambil susur keluar ke Simpang Ampat dan teruskan perjalanan ke Pekan Masjid Tanah. Ikut arah menuju ke Tanjung Bidara dan anda akan melihat papan tanda bertulis 'Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan