Ia mempunyai kawasan seluas 12.1 hektar dan terletak di tepi jalan menuju Kuala Pilah, dari bandar Seremban.
Star-Fresh Agro Park juga mempunyai pelbagai tanaman buah-buahan tempatan, sekurangnya 16 jenis. Pengunjung boleh menikmati buah-buahan seperti durian, serta mempelajari kaedah mencambah pokok (kaedah tut pokok).
Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti di sini, terdapat juga pusat seminar dan bengkel, bilik dorm, ruang terbuka untuk mesyuarat dan aktiviti luar.
Terdapat juga tapak perkemahan dan kawasan barbeque bagi para pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi di sini.
- Tips
Para pengunjung boleh mencuba aktiviti rappeling atau menyertai program bumi hijau. Hubungi pihak Star-Fresh Agro Park untuk maklumat lanjut.
- Pengangkutan
Kereta
Dari Lebuhraya PLUS, tempat ini boleh diakses melalui Lebuhraya PLUS di susur keluar Senawang menuju ke Taman Tasik Jaya dan seterusnya membelok ke arah Kuala Pilah.Dari Seremban, para pemandu boleh melalui jalan Ampangan melalui Stadium Paroi menuju ke Kuala Pilah.
Bas
Dari Seremban, pelancong boleh menaiki bas (United/Transnasional) dari Perhentian Bas Seremban yang menuju Ke Kuala Pilah atau Bahau.
Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh menaiki bas dari hentian bas Puduraya atau menaiki Komuter dari Kuala Lumpur ke Stesen Seremban dan seterusnya menyambung perjalanan ke Star-Fresh Agro Park.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan