Isnin, 17 Ogos 2009

ISTANA DIRAJA SERI MENANTI


Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Istana yang diperbuat daripada kayu belian ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku, dan masih berdiri kukuh hingga ke hari ini.

Dibina pada 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh.
Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai 99 tiang kayu keras, dan ketinggiannya adalah 65 kaki. Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini.


Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Museum DiRaja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini.
Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga DiRaja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja.


  • Tips
    Masuk adalah percuma. Waktu buka: Setiap hari mulai 9.30 pagi hingga 6 petang, Jumaat: Tengahari - 2.50 petang. Hujung Minggu dan Cuti Umum: 9.30 pagi - 6 petang. Khamis (Mulai pukul 1 petang ke atas): Ditutup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan