Isnin, 17 Ogos 2009

PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH KUALA GANDAH


Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.

Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.

Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.

  • Tips
    Pusat ini dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Aktiviti di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 3.45 petang. Pastikan anda memakai seluar panjang ketika menunggang gajah kerana kulitnya yang kasar.

  • Pengangkutan

Kereta

Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menghala ke arah daerah Lancang, melewati Kampung Karak. Setibanya di Lancang, anda akan menjumpai sebuah stesen gas BP, pastikan anda mengikut arahan papan tanda di sepanjang jalan menghala ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Perjalanan ini memakan masa selama kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam sejauh 160km dari Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan