Terminal feri utama untuk penumpang ke Langkawi ini terletak di muara Sungai Perlis. Aktiviti utama di sini ialah perikanan selain mempunyai pelbagai restoran makanan laut yang terdapat di pekan perikanan kecil ini.
Makanan laut juga diperolehi dengan segar di Perlis, dan lebih murah daripada di bandaraya. Nikmati sajian makanan laut di sini dengan pelbagai pilihan hidangan untuk dibakar, dimasak, digoreng khusus mengikuti citarasa anda.
- Tips
Pekan Kuala Perlis mempunyai beberapa jalan yang menempatkan restoran terkenal dengan makanan laut, dan juga makanan khas setempat seperti laksa (mi laksa dengan kuah ikan).
- Pengangkutan
Kereta
Gunakan lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan ambil susur keluar ke Changlun. Kemudian guna laluan lebuh raya Changlun-Kuala Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan