Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis.
Taman Ular dan Reptilia ini merupakan sebuah pusat kejiselidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesis ular serta buaya dan biawak.
Taman ini mempunyai ruang sangkar serta ruang pameran tertutup. Pekerja di taman ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama ular yang jinak di sini.
- Tips
Jika anda agak geli memegang ular, kunjungi taman ini pada waktu awal pagi kerana ular yang diletakkan di bahu anda tidak akan bergerak langsung. Mengapa? Ular merupakan haiwan berdarah sejuk dan hanya bergerak aktif setelah badannya panas terkena cahaya matahari.
- Pengangkutan
Jalan Darat
Dari Kangar, ikut papan tanda menghala ke Sungai Batu Pahat. Taman ini terletak hanya kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kangar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan