Isnin, 17 Ogos 2009

TAMAN NEGERI PERLIS


Dengan keluasan 5,000 hektar taman negeri ini berkedudukan di atas banjaran batu kapur yang terpanjang (38 kilometer) di Malaysia iaitu Banjaran Nakawan.Taman Negeri Perlis mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna yang unik seperti Bogak (Cycas clivicola) iaitu tumbuhan zaman purba, Hutan Meranti-Gerutu yang ‘mati’ musim kering dan hidup semula pada musim hujan.

Sebahagian besar Banjaran Nakawan adalah daripada Formasi Setul dan merupakan salah-satu formasi batu kapur yang tertua di Malaysia. Batu kapur ini dianggarkan berusia 500 juta tahun dulu iaitu sewaktu ikan dan batu karang primitif mula muncul.

Ambillah peluang berkunjung ke Taman Negeri Perlis yang unik ini dan nikmati keindahan alam semulajadi yang menarik!


  • Tips
    Salah satu ciri unik Taman Negeri Perlis ini ialah ia satu-satunya hutan berubah separa (semi-deciduous forest). Daun-daun di hutan ini berguguran sewaktu musim kering.

  • Pengangkutan

Kereta

Dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), ambil susur keluar ke lebuh raya Changlun - Kuala Perlis ke Kangar. Dari bandar Kangar, teruskan perjalanan ke Padang Besar - Wang Kelian. Terus menuju ke pekan Kaki Bukit dan anda akan melihat Pusat Taman Pelawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan