Isnin, 17 Ogos 2009

RUMAH PERANAKAN PINANG


Rumah agam ini dahulunya menjadi kediaman dan pejabat Kapitan Cina Chung Keng Kwee. Dia seorang pelombong Hakka dalam bidang bijih timah, dan juga seorang ketua kongsi Hai San pada kurun ke-19.

Rumah yang kaya dengan warisan Baba-Nyonya ini dibina bercirikan senibina budaya Cina yang unik. Dibina sekitar tahun 1890-an, ia mempunyai lantai jubin Inggeris, seni besi Scottish dan seni ukir kayu Cina yang cantik.

Rumah ini turut memuatkan lebih 1,000 jenis barangan antik dari negara China, dan England. Terdapat juga bilik tidur khas untuk setiap penghuni rumah, yang dihiasi dengan mewah.

Kunjungan ke rumah ini pasti meninggalkan seribu satu kenangan manis kerana anda dapat menghayati lebih dekat kehidupan Peranakan Cina di zaman kesibukan Pulau Pinang pada kurun ke-19. Kebenaran mengambil gambar diperlukan terlebih dahulu sebelum anda berkunjung ke rumah ini.




  • Tips
    Waktu melawat: Isnin - Jumaat mulai 9.30 pagi - 5 petang. Sabtu mulai 9.30 pagi - 3 petang. (Ditutup pada hari Ahad, dan cuti umum). Bayaran masuk: Rm 10, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun: percuma.

  • Pengangkutan

Teksi

Anda boleh menggunakan teksi untuk ke Rumah Peranakan Pinang ini, yang terletak di Lebuh Gereja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan