Isnin, 17 Ogos 2009

REMBAU CRYSTAL


Yayasan Negeri Sembilan telah menubuhkan sebuah tempat khas di Daerah Rembau sebagai kompleks perkampungan kristal terbesar di Malaysia. Ia dibuka pada 1 Disember, 2007.

Kompleks ini juga adalah sebuah pusat pelatihan, pembuatan serta pameran. Malah, struktur unik Galeri Rembau Crystal ini memuatkan ciri-ciri unik senibina Melayu Minangkabau.

Produk yang dibuat dan dijual di sini diperbuat dari kristal. Antara produk yang dibuat termasuk lampu meja, barang perhiasan kristal, pinggan mangkuk, aksesori dan banyak lagi. Produk kristal di sini diperbuat mengikut piawaian antarabangsa.
Perkampungan kristal ini juga menjadi pusat bagi remaja tempatan mempelajari cara-cara membuat kristal, selain membuka peluang untuk menjual hasil kraf tangan mereka. Ini turut menjadikan Rembau salah satu destinasi pelancongan terkenal di Malaysia.

Marilah berkunjung ke perkampungan kristal terbesar di Malaysia, dan berpeluang melihat sendiri produk kristal terbaik hasil penduduk tempatan!

  • Tips
    Rembau Crystal beroperasi mulai 9 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat) dan 9 pagi hingga 4 petang (Sabtu - Ahad).

  • Pengangkutan

Kereta

Dari Seremban, para pemandu boleh melalui jalan Rahang ke Senawang dan meneruskan perjalanan ke Rembau. Jarak dianggarkan adalah 27km.

Dari Lebuhraya PLUS, destinasi boleh diakses melalui Lebuhraya PLUS di susur keluar Pedas/Linggi dari arah utara dan susur keluar Simpang Ampat dari arah Selatan.

Bas

Dari Seremban, anda juga boleh (Pelancong boleh menaiki bas (Southern/Rembau Line) dari Perhentian Bas Seremban yang menuju Ke Rembau.

Pelancong boleh menaiki bas dari hentian bas Puduraya atau menaiki Komuter dari Kuala Lumpur ke Stesen Seremban dan seterusnya menyambung perjalanan ke Rembau Crystal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan