Ahad, 16 Ogos 2009

PANTAI DESARU


Pantai yang sepanjang 25 kilometer ini amat bersih dan indah dibarisi pepohon ru. Pelawat boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti memancing ikan, menaiki bot, berenang, berjalan-jalan, serta bermacam-macam aktiviti luar yang lain.

Ambillah peluang untuk bersantai atau menikmati kehangatan sinar matahari di tepi pantai, sambil dibuai bunyi deruan ombak dan bayu laut. Anda boleh memilih tempat bermalam di salah satu daripada hotel, resort atau chalet yang berbagai jenis di kawasan ini.



  • Tips
    Sila teliti maklumat musim hujan di kawasan ini yang lazimnya bermula dari bulan November hingga Mac, sebelum merancang aktiviti anda.

  • Pengangkutan

Kereta

Dari Johor Bahru, gunakan jalan raya utama Johor Bahru – Kota Tinggi (45km). Dari pekan Mersing, gunakan jalan raya utama Mersing – Kota Tinggi. Dari Lebuhraya Utara Selatan, ambil susur keluar di persimpangan Pasir Gudang (Exit 256). Pekan Kota Tinggi terletak sejauh 57km dari Desaru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan