Isnin, 17 Ogos 2009

MUZIUM TENTERA DARAT

Muzium Tentera Darat, Port Dickson akan membawa anda menyingkap kembali pelbagai khazanah, koleksi dan artifak yang pernah menjadi saksi sebuah perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Muzium Tentera Darat ini menyediakan sebuah pameran yang berkonsepkan informatif dan interaktif sesuai dengan aspirasi masa kini.
Muzium ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Merit Kategori Pelancongan Terbaik (Tarikan Warisan) Anugerah Pelancongan Tahun 2005/2006 oleh Tourism Malaysia.
Saksikan persembahan audio visual 'Pepper Ghost' yang pertama seumpamanya di Malaysia dan rasai pengalaman di dalam suasana malam di pelabuhan Kota Melaka serta terowong bawah tanah Parti Komunis Malaya.

  • Tips
    Waktu Lawatan : Rabu - Ahad (10.00 pagi - 5.00 petang). Ditutup pada hari Isnin dan Selasa.

  • Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)

Anda boleh menaiki bas dari stesen bas Terminal Satu Seremban menuju ke bandar Port Dickson, kemudian menaiki sebuah bas tempatan di mana pemandu boleh menurunkan anda di muzium tersebut. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari pusat bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan