Selasa, 18 Ogos 2009

MUZIUM NUMISMATIK MAYBANK


Muzium ini mempunyai koleksi wang sejak awal pembentukan Malaya hingga ke hari ini, termasuk mata wang negara Asean.Antara koleksi yang terdapat termasuk duit syiling dan kertas sejak zaman Kesultanan Melaka serta wang syiling yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis, British dan Jepun di Malaya.Koleksi lain di muzium ini termasuk meriam kecil, matawang dari negeri-negeri Melayu dan mata wang asing.


  • Tips
    Muzium ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur berdekatan Menara Maybank (di Puduraya). Waktu pembukaan ialah: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Jumaat). Muzium ini ditutup hari Sabtu dan Ahad.

  • Pengangkutan

LRT Putra

Ambil LRT Putra dan berhenti di stesyen Masjid Jamek. Muzium ini terletak di Menara Maybank, kira-kira 10 minit berjalan kaki. Anda juga boleh menggunakan LRT Star dan berhenti di Stesyen Plaza Rakyat. Ia tidak jauh dari stesyen ini yang kira-kira 10 minit berjalan kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan