Selasa, 18 Ogos 2009

MUZIUM NEGARA


Muzium Negara ialah muzium yang memberikan maklumat perihal budaya, warisan dan sejarah negara.Muzium Negara yang sekarang ada ini, sebenarnya adalah tapak Muzium Selangor yang dibina pada 1898. Setelah kemerdekaan negara daripada Britain pada 31 Ogos, 1957, kerajaan persekutuan telah membina muzium baru di tapak tersebut.

Muzium Negara telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.Di kawasan muzium, terdapat beberapa harta negara seperti istana Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu yang dibina pada 1884. Istana Satu itu dibina sepenuhnya daripada kayu cengal dan dibina semula di kawasan muzium pada 1974.
Tarikan lain di kawasan muzium termasuk, patung Sir Francis Light yang membuka Pulau Pinang selain kereta kabel pertama dari Bukit Bendera di Pulau Pinang.





  • Tips
    Muzium Negara terletak berdekatan Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara. Masa: 9 pagi - 6 petang Dibuka setiap hari kecuali pada Aidil Fitri dan Aidil Adha.

  • Pengangkutan

Teksi atau Bas

Lokasinya di Jalan Damansara, Muzium Negara menjadikan ia tempat yang dikenali. Anda boleh ke sini menggunakan bas atau teksi. Ia juga berdekatan KL Sentral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan