Apabila anda melangkah masuk ke dalam Muzium & Galeri Seni Negeri Pulau Pinang, anda akan disambut dengan arca gangsa Kapten Francis Light, pengasas Penempatan Selat Pulau Pinang yang merenung anda dari atas.
Sebaik sahaja anda masuk ke dalam bangunan muzium ini, anda akan ketahui mengapa muzium yang terletak di Jalan Farquhar, Georgetown ini dikatakan merupakan salah sebuah muzium negeri yang terunggul di Malaysia. Muzium ini terbahagi kepada galeri-galeri khas yang dituju khusus kepada masyarakat-masyarakat penempatan yang utama di dalam sejarah Pulau Pinang dan juga peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di negeri ini. Muzium ini juga mempamerkan koleksi gambar lama, peta, dokumen-dokumen bersejarah, perabot Cina, sulaman, pakaian tradisi dan pelbagai barang bersejarah yang lain.
Galeri Seni yang terletak di tingkat satu bangunan Muzium ini mempamerkan hasil kerja pelukis tempatan dan lukisan-lukisan lama pemandangan negeri Pulau Pinang yang dilakar oleh William Daniels dan Kapten Robert Smith. Pertunjukkan khas juga diadakan di sini dari masa ke semasa.
- Tips
Waktu buka : Isnin hingga Khamis, mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Ditutup sewaktu makan tengahari dari pukul 1hingga 2 petang). Hari Jumaat, mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Ditutup sewaktu makan tengahari dari pukul 12.30 hingga 2.30 petang)
- Pengangkutan
Muzium & Galeri Seni Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Georgetown di Lebuh Farquhar antara Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt) dan Lorong Cinta (Love Lane).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan