Medan yang dikenali sebagai 'Mini Lisbon' terletak di dalam kawasan penempatan masyarakat Portugis merupakan pusat tumpuan untuk kebudayaan masyarakat Portugis di Melaka dan seluruh negara.
Perkampungan kecil yang mengelilingi medan ini merupakan pusat masyarakat campuran Asia-Eropah di Melaka hasil perkahwinan antara masyarakat Portugis dan melayu Melaka kira-kira 400 tahun yang lalu.
Kadangkala persembahan tarian dan muzik Portugis diadakan di sini. Terdapat sebuah papan penerangan di medan ini di mana pengumuman tentang sebarang acara kebudayaan akan dipaparkan. Tetapi, walaupun pada hari yang tiada sebarang acara berlangsung , medan ini tetap menjadi tempat yang menarik untuk makan dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Selat Melaka.
- Tips
Medan ini menjadi agak meriah pada malam hujung minggu dengan pengunjung yang menikmati makan malam di tempat terbuka dan menyaksikan persembahan muzik. Medan ini besar kemungkinan merupakan destinasi paling sesuai untuk dikunjungi pada malam minggu di Melaka.

- Pengangkutan
Jalan Darat (Teksi)
Medan Portugis terletak 3 km di bahagian timur bandar Melaka. Cara terbaik untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi. Perkhidmatan teksi ke sana adalah kerap dan murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan