Selasa, 18 Ogos 2009

MASJID KAMPUNG HULU


Masjid ini dibina sewaktu zaman penjajahan Belanda dan merupakan masjid tertua di negara ini. Gaya senibinanya yang unik menggabungkan senibina Sumatera, Hindu dan Barat.

Kesemua bahagian bangunan masjid yang asal telah diganti dengan konkrit kecuali keempat-empat tiang dan bahagian atap masjid. Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap ramai sebagai Wali.

Masjid Kampung Hulu terletak hanya selang satu jalan dari Jonker Street. Oleh itu, jangan lupa berkunjung ke masjid ini untuk melihat keindahan senibinanya sekiranya anda melawat Jonker Street.

  • Tips
    Akan tetapi, mereka yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan memasuki masjid ini tetapi mereka masih boleh mengamati keindahan masjid ini dari luar.

  • Pengangkutan

Jalan Darat

Anda boleh ke sini sama dengan menaiki teksi, beca atau bas nombor 17 dari terminal bas utama di bandar Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan