Isnin, 17 Ogos 2009

KHOO KONGSI


Apabila penduduk dari daerah Hokkien di China mula-mula tiba di Pulau Pinang, perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina salah sebuah rumah suku yang terindah di Pulau Pinang.Kerja-kerja membina rumah suku ini bermula pada sekitar tahun 1890 yang menghasilkan sebuah bangunan yang dikatakan seindah mahligai Maharaja di China.

Kelebihan ini dikatakan telah menimbulkan kemarahan tuhan mereka, lalu pada malam pertama setelah bangunan tersebut siap dibina, ianya terbakar dalam kejadian yang tidak dapat dijelaskan! Bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan yang telah dibina semula pada tahun 1902.

Salah sebuah dari lima buah rumah suku di Georgetown yang masih wujud hingga sekarang ialah rumah suku Khoo Kongsi yang menyerupai sebuah perkampungan suku yang kecil.

Bangunan yang merupakan salah sebuah rumah yang tercantik di Pulau Pinang, Khoo Kongsi memaparkan tiang yang tinggi dan nipis yang menyokong bahagian atap berbumbung jubin merah yang melandai dan dihiasi ukiran naga, burung phoenix, haiwan-haiwan dongengan dan pelbagai pemandangan legenda Cina yang popular.

Rumah suku ini mempunyai dewan besar yang dihias ukiran indah dan tiang-tiang berhias yang juga dikatakan telah direka oleh pakar pengukir dari negara China.
Rumah-rumah suku Hokkien yang lain yang terdapat di Pulau Pinang termasuklah Cheah Kongsi, Yeah Kongsi, Lim Kongsi dan Tan Kongsi.




  • Tips
    Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

  • Pengangkutan

Berjalan dan Teksi

Terdapat dua pintu masuk utama bagi Khoo Kongsi. Pintu pertama berhadapan dengan Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt), di antara Jalan Armenian dan Lebuh Aceh. Pintu kedua terletak di Lebuh Pantai, juga di antara Jalan Armenian Street dan Lebuh Aceh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan