Ahad, 16 Ogos 2009

KELIP-KELIP DI SUNGAI LEBAM


Memerhati kelip-kelip merupakan salah satu aktiviti utama di kawasan Perlindungan Sungai Lebam. Kagumi keindahan gemerlapan kelip-kelip yang mempesonakan di sini!

Ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya berhampiran pohon-pohon Berembang. Serangga ini tidak merbahaya sama sekali dan pengalaman melihat kelip-kelip ini buat pertama kali pasti tidak dapat dilupakan. Berkunjunglah ke Sungai Lebam dan saksikan sendiri keindahan kelip-kelip di sini.

  • Tips
    Pastikan anda berdiam diri ketika memerhati kelip-kelip di sini dan anda pasti dapat mengagumi keindahan pemandangan ini!

  • Pengangkutan

Kereta

Kawasan ini terletak kira-kira 91km dari Johor Bahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan