Banglo Cheong Fatt Tze ini terselamat dari arus pembangunan di sekitar tahun 1990 di atas usaha sekumpulan pemelihara warisan yang diketuai oleh Laurence Loh.
Banglo ini mempunyai hiasan ukiran kayu Cina yang indah, tingkap Gothic yang tinggi, dinding bata berwarna merah, hiasan porselin yang menawan, tingkap kaca berwarna gaya art nouveau, jubin lantai Stoke-on-Trent dan hasil kerja besi dari Scotland.
Susunan rumah ini direka berdasarkan prinsip-prinsip feng-shui dan dipenuhi koleksi arca, ukiran-ukiran, hiasan sulaman dan pelbagai jenis barangan antik lain yang jarang ditemui.
Pada tahun 2000, banglo Cheong Fatt Tze ini menerima Anugerah Warisan Asia-Pasifik UNESCO yang julung-julung kali dianugerahkan kerana terpilih sebagai Projek Paling Hebat di Lingkaran Asia-Pasifik berikutan kerja-kerja memulihara bangunan ini yang memakan modal berjumlah RM7.6 juta.
- Tips
Para pelawat berpeluang untuk bermalam di banglo Cheong Fatt Tze yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengalami suasana dan menghargai gaya senibina kurun ke-19. Lawatan ke banglo Cheong Fatt Tze diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu pada pukul 11.00 pagi.
- Pengangkutan
Berjalan, Teksi
Banglo Cheong Fatt Tze terletak di Lebuh Leith di antara Lebuh Chulia dan Jalan Sultan Ahmad Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan