Selasa, 18 Ogos 2009

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD


Bangunan Sultan Abdul Samad ini adalah mercu tanda yang terkenal, terletak di hadapan Dataran Merdeka. Ia juga berdekatan Kelab DiRaja Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sejarah awal bangunan ini ialah sebenarnya siap dibina pada 1897 oleh A.C. Norman. Ia juga digunakan untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan pada zaman pentadbiran British di Malaya. Hari ini, ia digunakan untuk pejabat mahkamah tinggi.
Ciri unik bangunan ini ialah senibina Moor selain jam menara yang sering digambarkan oleh hampir setiap pengunjung ke Kuala Lumpur.
Pada hari perayaan bersejarah, bangunan ini akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan bendera. Dataran Merdeka yang terkenal juga hanya terletak di seberang jalan.


  • Tips
    Menara jam bangunan ini kira-kira 40 meter tinggi, dan sering dikenali sebagai 'Big Ben' Malaysia.

  • Pengangkutan

Putra Lrt, Teksi, Bas

Mercu tanda terkenal ini terletak berhadapan Dataran Merdeka. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan Putra Lrt dan turun di stesyen Masjid Jamek atau stesyen Pasar Seni. Tanyalah arah untuk ke tempat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan